• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

MPKK Terima Binaan Papan Tanda Dari Ahli Parlimen

KEMAMAN, 1 November - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Che Wan, Kijal menerima binaan papan tanda kampungnya daripada Ahli Parlimen Kemaman.

Pengerusinya, Che Wan Rozlan CW Muda, 43, mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Alias Hamid menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman di atas sumbangan tersebut.

Che Wan Rozlan.

"Ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Kemaman di atas sumbangan yang amat bermakna ini.

"Insya-Allah dengan papan tanda yang cantik ini semoga ianya menyuntik semangat kami untuk terus menceriakan dan memakmurkan lagi kampung ini.

"Selain daripada binaan ini, kami juga telah menyiapkan beberapa tanda jalan dan tanda perlahankan kenderaan dengan peruntukan ini," ujarnya lagi.

Che Wan Rozlan ditemui pemberita bersama ahli jawatankuasanya di tapak binaan papan tanda tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kijal, Ustaz Hazri Jusoh dan Setiausaha Kerja Parlimen, Shafiee Embong.


Tag: