• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

MRTM Rancakkan Ekonomi Terengganu

KUALA NERUS, 20 Mei - Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 yang julung kali diadakan di Pantai Timur mampu menjadi nilai tambah kepada ekonomi kerajaan negeri Terengganu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) itu tampil dengan pelbagai program menarik, bermula sejak semalam sehingga hingga 21 Mei ini.

"Terengganu akan menjadi tumpuan seluruh negara dengan pelbagai pengisian selama tiga hari MRTM berlangsung.

"Saya percaya pelbagai produk yang dipamerkan sepanjang program jelas menunjukkan negeri ini mempunyai  produk dan seni budaya yang sangat unik untuk orang ramai mengenali dan menikmatinya," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rewang Raya dan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Masjid Seberang Takir di sini hari ini.

Tambah Ahmad Samsuri, secara tidak langsung, MRTM membantu melonjakkan nilai tambah produk yang ada sekali gus meningkatkan ekonomi di negeri ini.