• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Mufti Terengganu Nafi Keluar Kenyataan Pertikai Vaksin

KUALA TERENGGANU, 4 Oktober – Mufti Terengganu, Prof. Madya Dato’ Dr Mohamad Sabri Haron menafikan beliau mengeluarkan satu kenyataan yang seolah-olah mempertikaikan penggunaan vaksin COVID-19.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, segala tuduhan, tohmahan dan sebarang kenyataan yang tidak benar itu harus dihentikan serta merta dalam apa jua medium penyebaran.

“Pihak Jabatan Mufti Terengganu bersetuju dan selari dengan ketetapan yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020.

“Semua rakyat Terengganu khususnya dinasihatkan mengambil vaksin COVID-19 sebagai satu usaha dan ikhtiar dalam mengekang penularan wabak berkenaan sebagaimana keputusan Mesyuarat Fatwa Negeri Terengganu,” katanya hari ini.

Ujarnya lagi, beliau kesal dengan kenyataan di luar konteks sebenar oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.
 


Tag: