• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Musafir Maulid Didik Perpaduan Masyarakat


KUALA TERENGGANU, 18 November - Program Musafir Maulid yang diadakan memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, aktiviti kebajikan dan sosial yang diadakan di setiap daerah menyemai rasa kebersamaan antara penduduk setempat.

"Apabila kita laksanakan program sebegini, orang mula bertanya. Maka kita yang harus mengingatkan bahawa ini melahirkan kecintaan dan menyebarkan sunnah Nabi SAW," katanya ketika merasmikan penutup Musafir Maulid di Pulau Warisan, semalam.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program itu.


Dalam pada itu, Pengarah Program merangkap Pengarah Institut Modal Insan  Terengganu Sejahtera (i-MITS), Kamaruzzaman Abdullah memberitahu, penganjuran program pada tahun ini membawa kelainan.

"Ini program julung kali diadakan bersempena Maulidul Rasul. Sebanyak 80 pasukan daripada lapan daerah bersaing dengan aktiviti kebajikan di daerah masing-masing dan pertandingan di Muzium Negeri Terengganu.


"Sambutan begitu hebat. Mudah-mudahan ia diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Beliau memaklumkan penutup acara ini adalah sambutan dan perarakan Maulidul Rasul yang akan diadakan pada 20 November di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

"Pemenang Musafir Maulid akan menerima hadiah utama bernilai RM2,000. Manakala, kedua dan ketiga masing-masing bernilai RM1,000 dan RM700," katanya.


Tag: