• 09 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445

Nadir An Nuri Seru Bantu Mangsa Banjir

KUALA TERENGGANU, 22 Disember - Rakyat Malaysia tunggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman menyeru rakyat Malaysia untuk bersolidariti membantu mangsa banjir.

Beliau yang juga penaung Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) berkata, pihaknya tidak melepaskan peluang turun ke Terengganu bagi membantu mangsa banjir di sini dan kali ini ia misi kali keduanya pihaknya.

"Ini kali kedua kami sampai ke Terengganu bagi misi banjir, kali pertama merupakan pada awal tahun lepas.

"Sedikit nasihat saya kepada mangsa banjir adalah jaga keselamatan, bersabar serta yakin bahawa di sebalik ujian ada hikmah untuk menghapuskan dosa serta mendekatkan diri kepada Allah.

"Bagi mereka tidak diuji pula, ini adalah ruang untuk kita bantu. Biasanya saya menyeru CGM bantu Palestin tapi kini saya mengajak bantu mangsa banjir buat masa ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika turun di sekitar Kuala Terengganu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah kelmarin.

 

 


Tag: