• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Nasi Lemak Warna Warni RM1 Buat Arwah Ayah

KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Bungkusan Nasi Lemak Warna Warni Abi berharga RM1 sebungkus menjadi pilihan beberapa individu untuk disumbangkan serta diniatkan kepada arwah ayah masing-masing.

Peniaga Nasi Lemak itu, Mohd Norhisyam Maat (Abi), 35, berkata beliau menerima banyak tempahan daripada pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai 'hamba Allah' untuk disumbangkan kepada orang ramai.

"Sumbangan itu telah diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tepoh ke beberapa tempat iaitu, Madrasah Darul Muhajirin (Pondok Bukit Jong) serta Pondok Remaja Inabah Sungai Ikan.

"Selain itu, PKM DUN Tepoh juga mengagihkan nasi lemak kepada pengunjung yang datang ke Pejabat PKM DUN Tepoh," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Katanya Norhisyam, berkemungkinan besar selepas ini akan ada beberapa lagi pusingan agihan Nasi Lemak Abi disebakan permintaan ramai. 

"Sekarang saya hanya menerima tempahan apabila terpaksa menutup kedai jualan (kiosk) di hadapan kedai Nasi Kerabu Pozi, Gong Badak ekoran wabak COVID-19 yang menular negara ini sejak bulan Mac yang lalu," jelasnya.

 


Tag: