• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Nasib Nelayan, Penoreh Getah Tetap Dibela



Oleh : Helmi Abdul Salam

SETIU, 8 Mac - Seramai 400 nelayan dan penoreh getah menerima sumbangan barang keperluan melibatkan peruntukan keseluruhan RM20,000 bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup masing-masing.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, program diadakan sebagai lanjutan dari sumbangan yang pernah diagihkan sebelum ini ketika negeri di bawah pembangkang.


"Tahun ini kita buat besar sikit program dan ramai penerima dapat sumbangan.

"Ini adalah hasil pitih yang kita kumpul dalam kocek ahli PAS yang bagi sumbangan. Terima kasih kepada penyumbang dan Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) DUN yang menjayakan program ini," ujarnya ketika merasmikan majlis Cakna Nelayan dan Penoreh Getah di perkarangan Pusat Khidmat DUN, hari ini.

Mohd Shafizi berkata, perbelanjaan yang besar untuk melaksanakan program itu membuktikan bahawa PAS sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutama golongan nelayan dan penoreh yang sering terhimpit dengan kos sara hidup terutama ketika musim tengkujuh lalu.

Sementara itu, seorang penerima sumbangan Wan Mamat Wan Abdullah, 67 ketila ditemui berharap nasib mereka akan terus mendapat pembelaan daripada semua pihak.


"Terima kasih pada penganjur bagi sumbangan ini.

"Harga getah sekarang sekitar RM2.50. Saya rasa jika harga lebih dari RM4 kami sudah tidak memerlukan lagi sumbangan seperti ini," ujarnya.

Wan Mamat juga berharap pihak berkaitan dapat mempertimbangkan kenaikan harga getah ke tahap yang munasabah berdasarkan keadaan ekonomi sekarang.



Tag: