• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Negara Tidak Maju Jika Wanita Dikesampingkan

KUALA NERUS, 2 Oktober - Sesebuah negara itu tidak akan maju sekiranya peranan wanita hanya dihadkan kepada peranan tradisi yang sempit dalam arus pembangunan negara.

ADUN Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, pihak kerajaan komited memperkasakan wanita agar golongan itu mendapat lebih peluang, ilmu dan dilibatkan secara lebih menyeluruh.

“Perjuangan dalam Islam haruslah selari dengan agama dan kita tidak digalakkan membangun prestasi diri semata-mata menyaingi kaum lelaki kerana ia adalah sangat tidak masuk akal

“Wanita dan lelaki dicipta dengan biologi berbeza maka disitu peranan lelaki dan wanita berbeza mengikut perwatakan mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Hari Sayyidatina Aishah 2022 dan Pelancaran Dasar Wanita Terengganu, pada semalam.

Justeru itu, minda mesti digarap bahawa pentingnya kaum wanita hidup dalam acuan agama tulen walau di mana sahaja berada bagi merelestarikan pembangunan modal insan wanita.

“Kita semakin sedar bahawa prestasi tidak lagi ditentukan aset fizikal sebaiknya berdasarkan modal insan seseorang.

“Golongan wanita pada hari ini berpotensi kepada perkara-perkara besar  termasuk dalam pembangunan negara,” tambah beliau.

 

 


Tag: