• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Nelayan Kota Putera Tanam Unjam Di Pulau Perhentian


Pelbagai cara dilakukan nelayan bagi mendapatkan sumber laut untuk menambah mata pencarian bagi menyara hidup keluarga.
Program tanam unjam oleh Persatuan Nelayan Kota Putera, Besut, satu kaedah nelayan pancing bagi mendapatkan hasil tangkapan ikan ketika mereka keluar memancing di laut.
Seramai 70 nelayan pancing dari Kota Putera, menyertai aktiviti tanam unjam di perairan Pulau Perhentian, Besut, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komuditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga Adun Jertih melancarkan program tanam unjam berkenaan.
Pengerusi persatuan nelayan itu, Wan Mohd Zaki Wan Othman berkata, usaha menanam unjam di perairan berkenaan diharap dapat mendatangkan hasil tangkapan lebih banyak kepada ahli persatuan berkenaan.
Katanya,persatuan itu mempunyai 200 ahli menjalankan aktiviti memancing bagi menyara hidup keluarga manakala sebahgian ahli menjadikannya sebagai hobi.
Beliau berkata, unjam yang digunakan daripada pelbagai jenis pokok diharap dapat menarik tumpuan ikan berkumpul dan menjadi sumber kepada nelayan terbabit.
Sementara itu, Pehimi memuji usaha yang dilakukan oleh nelayan terbabit kerana ia dapat menjalin persaudaraan antara ahli selain menambah hasil pendapatan.
Beliau terut meluluskan RM5,000 bagi membantu persatuan nelayan berkenaan menjalankan aktiviti yang mampu memberi faedah kepada ahli-ahlinya.
Oleh: Mohammad Ishak

Tag: