• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Nelayan Seberang Takir Terima Manfaat Tukun

KUALA NERUS, 11 Oktober – Golongan nelayan seperti di Seberang Takir menyambut baik usaha kerajaan negeri dalam memperkayakan sumber lautan melalui pelabuhan tukun dan unjam.

Menemubual seorang nelayan berlesen daripada 100 lebih di sini, Abdullah Abdul Ghani, 64, yang mendapati dengan adanya tukun-tukun tersebut, ia akan menambahkan pendapatan pada jangka masa panjang

“Ini memandangkan ikan-ikan akan membuat berkampung di binaan tersebut sebagai sarang.

“Diharapkan para nelayan lain elakkan penggunaan pukat-pukat tunda kerana boleh menyebabkan kerosakkan kepada tukun-tukun ini.

“Ada juga nelayan yang tidak bertanggungjawab memotong pelampung kerana mahu memonopoli dan menjual pelampung itu untuk kepentingan sendiri tapi sekarang ramai nelayan alat navigasi yang mengesan kedudukannya,” tambahnya yang berpengalaman sebagai penggiat laut selama 18 tahun

Baru-baru ini, sejumlah sembilan tukun tiruan rekreasi telah dilepaskan dalam sebuah program sempena Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021, yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,069,000.00 untuk membina dan melabuh 45 unit Tukun Tiruan Juvenil Penghalang Pukat Tunda (Rekreasi) di lima (5) daerah di Terengganu, empat kali ganda daripada peruntukan pusat.

“Manakala pada tahun ini juga, kerajaan persekutuan membelanjakan sebanyak RM325,000.00 bagi membina dan melabuh 12 unit tukun konservasi di Pulau Kapas, Marang. Jumlah kos keseluruhan adalah RM1,394,000.00.

“Purata berat tukun ini adalah 17 tan matrik dengan menggunakan simen Gred 35. Tukun ini bersaiz 2.5' tinggi dan lebar 3.0"

“Dianggarkan lebih 2000 orang nelayan di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman akan menerima manfaat jangka panjang dengan adanya tukun ini yang menjadi habitat baru kepada ikan-ikan dan haiwan marin lain,” katanya dalam satu kenyataan.