• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Nisa Besut Anjur Kutipan Untuk Palestin

BESUT, 22 Oktober - Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Nisa Besut tidak ketinggalan menganjurkan kutipan derma untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang kini amat memerlukan keprihatinan semua.

Ketuanya, Rafidah Razak berkata seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa(AJK) turut meneruskan misi itu bertemu masyarakat yang ternyata menunjukkan sikap prihatin dan kebaikan hati dalam berkongsi rezeki dengan saudara seagama di Palestin.

"Meskipun jumlah sumbangan tidak besar, setiap individu turut serta dalam usaha derma ini,

"Menariknya, terdapat kanak-kanak yang turut serta dalam inisiatif ini, menandakan bahawa nilai-nilai amal jariah telah ditanamkan sejak usia muda, mungkin oleh ibu bapa mereka,

"Ini mencerminkan komitmen untuk memupuk kesedaran dan amalan derma dalam kalangan generasi muda," ujarnya.
 


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program yang diadakan di Pantai Bukit Kluang di sini pada jumaat, 20 Oktober.

Tambahnya, Inisiatif ini patut dicontohi, dan terima kasih kepada Nisa’ Besut dan semua yang terlibat.

" Kita perlu bersama-sama menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan membantu saudara-saudara kita di Palestin dan menggalakkan masyarakat untuk menyumbang serta terlibat dalam usaha kemanusiaan yang sama," ujarnya lagi.
 

 


Tag: