• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Noor Arfa Batik Sasar 300 Ribu ‘Reseller’ Menjelang 2025

KUALA TERENGGANU, 8 Jun – Noor Arfa Holding Sdn. Bhd. mensasarkan seramai 300,000 orang pengedar rasmi produk berasaskan batik itu menjelang tahun 2025.

Menurut Pengarah Noor Arfa, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin setakat ini Noor Arfa mempunyai seramai lebih 4,000 orang pengedar dan menjangkakan akan mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pada akhir tahun ini. 

“Orang ramai yang ingin menyertai kami boleh mengisi borang di laman sesawang kami dan kami akan memilih mereka yang betul-betul komited untuk berniaga.

Barisan penerima anugerah Noor Arfa Stylist

“Kita berniat untuk membantu mereka yang berminat untuk menjana pendapatan di samping sama-sama memartabatkan industri batik ini,” kata Wan Mohd Hafiz ketika ditemui pemberita dalam Majlis Anugerah Noor Arfa Stylist yang diadakan di Hotel Permai. 

Turut hadir dalam majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor dan ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Mengulas berkenaan program tersebut, beliau berkata program tersebut merupakan julung kalinya diadakan bagi meraikan kejayaan para pengedar rasmi Noor Arfa atas jualan yang dilakukan sepanjang tahun 2021 yang lalu.

Majlis tersebut juga diisi dengan perkongsian berkenaan sejarah penubuhan syarikat tersebut oleh Pengasas Noor Arfa iaitu Wan Mohd Ariffin Wan Long dan pasangannya, Noor Hijerah Hanafiah.

Penerima anugerah utama Master Leader Achiever 2021