• 04 Nov 2024 | 02 Jamadil Awal 1446

Operasi Semula LRA Bukit Kemudu Selesai Gangguan Air

BESUT, 12 Julai - Masalah air di Setiu bakal berakhir menjelang September apabila Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) akan memulakan kembali operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Kemudu. 

Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Satu, Ts Abdul Karim Endut berkata, sebahagian kawasan di Setiu mengalami gangguan air pada waktu puncak menyebabkan catuan perlu dibuat. 

“Gangguan air berlaku kerana kita (Satu) mendapati berlakunya kebocoran baru di dasar laut setelah dibaiki Mei lalu. 

“Jadi, Satu terpaksa membuat catuan hampir setiap malam bermula 10 malam sehingga 5 pagi bagi meningkatkan paras air dalam tangki bagi kegunaan di siang hari,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau turut berkata, Satu merancang untuk memulakan kembali operasi LRA Bukit Kemudu secara keseluruhan dengan kapasiti 9.0MLD (juta liter sehari) akhir Ogos ini.

“Kita juga sedang meluaskan saluran air bersih ke beberapa kawasan terjejas dengan penghantaran lori ‘tanker’ serta penyediaan tangki statik,” ujarnya.


Tag: