• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Orang Muda Sokong Wan Hassan

DUNGUN, 16 November - Rata-rata golongan muda yang ditemui memberi sokongan penuh dan berharap calon PAS di Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli memenangi kerusi berkenaan.

Firdaus Amri Mohd Yasin, 25 berkata dia akan memilih Wan Hassan kerana sikapnya yang mudah didekati. 

"Ustaz seorang yang mesra rakyat dan saya kenal ustaz berbanding calon-calon yang lain, orang muda macam saya masih memerlukan ustaz untuk menjadi Ahli Parlimen Dungun dalam menyediakan kemudahan-kemudahan sukan seperti padang bola yang mana di Bemban, kita hanya ada futsal, main di Darul Ansor, "katanya. 

Firdaus Amri Mohd Yasin 

Manakala bagi Muhammad Azizi Hamizan Aziz, 26 berkata Mantan Ahli Parlimen Dungun itu sangat mengambil berat kebajikan rakyat Dungun. 

"Banyak membantu rakyat, sentiasa memberikan pertolongan di saat memerlukan dan harapan saya Ustaz menang lagi dalam pilihan raya ni supaya banyak lagi bantuan dan insentif untuk belia," ujarnya yang tinggal di Seberang Pintasan. 

 


Tag: