• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pakar Petronas Dilibatkan Dalam Operasi Pembaikan Paip Pecah

KUALA TERENGGANU, 1 September - Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu (SATU) terus menggunakan khidmat pakar daripada Petronas dalam menyelesaikan masalah air akibat paip pecah yang berlaku di daerah ini dan Kuala Nerus.

SATU dalam kenyataan berkata, sesi ‘active engagement’ bersama ‘industri experts’ dalam proses pemasangan paip dasar sungai dan laut telah diteruskan dengan secara atas talian pada 27 Ogos lalu.

“Pengurus Besar East Coast Petronas, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman yang telah membantu mengumpulkan ‘experts’ daripada Team Petronas dalam bidang masing-masing bagi memberi pandangan berkaitan kaedah dan pendekatan yang akan diambil SATU dalam pembaikian paip pecah kali ini. 

“Pasukan Petronas berkongsi pandangan yang sama dengan pihak SATU berkaitan kaedah penggantian paip yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan Krisis Air Berangan 2.0.

“Kaedah kali ini insya-Allah adalah kaedah yang berkesan serta dapat dilaksanakan dalam tempoh masa jangkaan,” kata SATU.  

Turut hadir dalam sesi tersebut, Ketua Engineering & Technical Services daripada Petronas Gas Berhad, A Fatah Abu Mansor, Ketua (Inspection) of Engineering & Technical Services, Petronas Gas Berhad, Head/Custodian (Pipeline) daripada Petronas Group Technical Services dan beberapa orang pegawai yang lain. 

SATU berkata, pihaknya sangat menghargai kesudian Team Petronas berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dalam menangani masalah kebocoran paip seumpama itu serta memberi cadangan teknikal yang boleh digunapakai oleh SATU. 

“SATU akan terus fokus untuk memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan dengan lancar. 

“Doakan usaha kami ini akan memberikan hasil yang terbaik. Allah adalah sebaik-baik pemberi jalan dan rezeki dalam apa jua keadaa,” ujar SATU.


Tag: