• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Panel Pemikir Dakwah Diwujudkan Di Setiap DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU, 7 Oktober - Panel Pemikir Dakwah Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Penolong Pegawai DUAT bakal diwujudkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi merintis kerjasama membangunkan gerak kerja dakwah.

Pengarah Akademi DUAT, Muhammad Ramlan Mahmood berkata, posisi itu penting bagi memastikan gerak kerja dakwah dapat dilakukan secara lebih bersasar ahli masyarakat. 

"Secara umumnya, setiap DUN mempunyai anggota masyarakat yang berbeza baik dari segi budaya dan sosialnya, pegawai DUAT DUN ini ditugaskan untuk mengkaji ‘uslub’ dan pembawakan dakwah yang sesuai dan berimpak tinggi bagi masyarakat di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Daurah Mutun Islamiyyah peringkat daerah Kuala Terengganu di Dewan Auditorium, Kompleks Sukan Negeri Terengganu dekat sini baru-baru ini.

Katanya lagi, para pegawai DUAT DUN berkenaan juga bertanggungjawab merencana penyatuan dan penyelarasan antara pondok atau pusat pengajian agama di tempat mereka agar kebajikan serta peranan mereka tidak terabai.

“Usaha mewujudkan pegawai DUAT setiap DUN itu telah dimulakan dan setakat ini kita telah melantik seramai 27 pegawai DUAT yang ditempatkan di DUN masing-masing,” tambah beliau.

Untuk rekod, program Daurah Mutun Islamiyyah diadakan di setiap daerah dengan pembelajaran kitab dan dikendalikan ahli panel yang berbeza-beza latar pendidikan


Tag: