• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Para Huffaz Berperanan Sebar Ajaran Al-Quran

KUALA NERUS, 28 Jun – Para huffaz dinasihat supaya menjaga serta mengamalkan ajaran al-Quran dalam diri dan menyampaikannya kepada masyarakat.

Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata huffaz perlu memahami serta menyebarkannya kepada setiap penjuru negeri.

“Kalau hari ini kita melahirkan seribu huffaz kemungkinan sepuluh tahun akan datang kita akan melahirkan 10 ribu penghafaz lagi tapi sudah tentu kita mahukan angka yang lebih lagi bahkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada rakyat negeri ini menjadi huffaz al-Quran yang berjaya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis penutup Program Himpunan Huffaz Negeri Terengganu yang bertempat di Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Gong badak di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera, Kamaruzaman Abdullah dan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Tambah Mohd Nor Hamzah, kerajaan negeri  bercadang untuk menjadikan program seumpama itu sebagai program tahunan.

“Di samping itu juga saya mengharapkan agar program sebegini akan memberikan kekuatan dalam kita melaksanakan Tahun Semarak Dakwah tahunan," katanya.

 


Tag: