• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Parkir Mydin 'Mall' Kekal Percuma

KUALA TERENGGANU, 15 November – Kerajaan negeri menegaskan parkir di Pasar Raya Mydin Bukit Besar di sini, kekal sebagai tempat letak kereta tidak berbayar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak menegaskan, kewujudan meter parkir digital di lokasi tersebut adalah salah faham antara pihak swasta yang menguruskan tempat letak kereta berbayar dengan Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT).

“Kawasan luar pasar raya mydin memang bukan kawasan berbayar.

Mesin parkir digital yang ditempatkan di kawasan Mydin.

“Berlaku salah faham antara pihak swasta dengan MBKT, walau bagaimanapun perkara ini sudah dalam tindakan MBKT, insya-Allah akan selesai seperti asal, maaf atas segala kesulitan,” katanya Ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini. 

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kewujudan beberapa mesin parkir digital di Kawasan terbabit yang menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan, mesin tersebut telah dialihkan oleh MBKT dan syarikat Vista Summerose  Sdn. Bhd. selaku pengendali parkir berbayar.

Selepas meter parkir digital dipindahkan.

 


Tag: