• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Parlimen Setiu Adakan Majlis Rai Masyarakat Kaum Tionghua Sambut Tahun Baru

SETIU, 1 Februari – Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir pada sambutan tahun baru masyarakat Tionghua pada kali ini bagi meraikan kaum berkenaan dengan mengadakan majlis di kawasannya.

Dimana bermula sejak semalam lagi ia telah diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Setiu, dengan turut diberikan angpau yang membabitkan 89 penganut agama Budha terdiri daripada kaum Cina dan Siam diraikan.

“Ini tanda kita menghargai keberadaan mereka yang telah menetap di sini sejak berpuluh tahun dahulu lagi dimana kalangan masyarakat siam mereka telah menetap di Jabi.

“Jadi saya mengambil kesempatan bagi meraikan masyarakat siam dan cina bersempena Tahun Baru pada kali ini ini. Cara kita buat majlis di perkarangan Masjid Kampung Fikri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)Permaisuri dan ada sebahagianya kita kunjung rumah ke rumah, begitu juga bagi DUN Batu Rakit.”

"Dengan harapan mereka akan gembiran menyambut perayaan ini disamping keluarga yang tercinta," ujarnya ketika ditemui pihak media, di sini, pada semalam.


Tag: