• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PAS Menang Di Kubu Kuat BN Seberang Takir

KUALA NERUS, 12 Ogos - Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang selama ini dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) Terengganu, akhirnya roboh di tangan Parti Islam Se-malaysia (PAS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri hari ini.

Calon PAS kerusi DUN Seberang Takir, Khazan Che Mat memperoleh undian sebanyak 12,156 manakala Calon BN, Cikgu Razif Abdul Rahman menerima undian sebanyak 9,359.

Khazan mencatatkan kemenangan kerusi DUN Seberang Takir dengan majoriti sebanyak 2,797.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pusat Penjumlahan Undi DUN Seberang Takir, Siti Mariam Hamid bertempat di Dewan Sivik Seberang Takir di sini malam ini.

Kemenangan Khazan menyaksikan DUN Seberang Takir buat pertama kali dimenangi parti PAS selepas kawasan itu dikenali sebagai kubu BN sejak merdeka.

Pada PRU14, Ahmad Razif menang dengan majoriti 1,884 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fazil Wahab.

 


Tag: