• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PAS Terengganu Tampil Calon Wanita Raih Pujian Ramai

KUALA TERENGGANU, 30 Julai – Keberanian PAS mengetengahkan calon wanita  pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Terengganu mendapat pujian ramai.

Nurul Syuhada Abd Karim, 40, Kampung Tanjung berkata sudah tiba masanya  wanita harus diberikan ruang untuk terlibat dalam proses membuat keputusan tertinggi dalam negeri mahupun negara.

“Kehadiran wanita dalam memimpin politik seharusnya dilihat sebagai pelengkap kepada kaum lelaki bukannya sebagai pesaing bagi memantapkan lagi organisasi politik.

“Usaha untuk mengupayakan wanita dalam parti dalam membuat keputusan perlu dilakukan dengan komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh dan PAS telah membuktikannya,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Salimah Ismail, 49, yang  berasal dari Kampung Pasir Panjang berkata PRN DUN Ke15 kali ini amat berbeza daripada PRU terdahulu kerana rakyat diberi peranan sebagai tonggak untuk bersama-sama menentukan arah dan corak pentadbiran negeri bukan lagi sebagai pemerhati saja.

"Kami turut menilai semua aspek terhadap kemampuan calon dan parti sebelum membuat keputusan, walaupun calon wanita..jika layak apa salahnya," katanya.

Tambahnya lagi, dia juga mahu memilih calon dan parti yang mempunyai rekod cemerlang yang mendahului rakyat daripada kepentingan peribadi.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Hussain Awang mengisytiharkan Zuraida Md Noor, 43, sebagai calon PAS di DUN Ladang di Dewan Tok Guru, Rusila.

Pengisytiharan itu menyaksikan Zuraida bakal berdepan dengan calon BN, Dato’ Mohd Sabri Alwi. pada PRN DUN Ke 15 pada 12 Ogos nanti.