• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pasar Besar Kuala Berang Kembali Beroperasi Esok

HULU TERENGGANU, 9 Jun - Pasar Besar Kuala Berang kini dibuka kembali kepada orang ramai bermula esok setelah ditutup sementara selama 14 hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dalam satu kenyataan berkata kebenaran membuka semula premis yang diberi perintah penutupan di bawah subseksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342).

Terdahulu, penutupan pasar utama di daerah ini tersebut diarahkan Jabatan Kesihatan Terengganu mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ia susulan operasi pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas beberapa pekerja am di premis itu dilaporkan telah dijangkiti Covid-19.


Tag: