• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Pasca Banjir : Pasukan Bantuan PSMZA Ke Kuala Balah


JELI, 5.Januari- Warga Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA) turut terpanggil untuk bersama-sama pasukan sukarelawan lain membersihkan beberapa kawasan banjir lumpur  di Kuala Balah, di sini.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat institusi itu berkata  Pasukan Bantuan Pasca Banjir 2021 terdiri 45 kakitangan dan pelajar itu diketuai oleh Pengurus Pembangunan Pelajar, Yaswadi Mat Yasim. 

"CSR selama empat hari bermula 3  hingga 6 Januari 2022 telah  mendapat kerjasama Politeknik Jeli Kelantan (PJK)," katanya menerusi hantaran di 'facebook' unit itu. 
 
Tambahnya lagi, bermula seawal 9. 00 pagi, mereka telah memulakan kerja-kerja membantu mangsa-mangsa banjir.

" Antara bantuan yang dihulurkan ialah membersihkan rumah-rumah yang terjejas teruk akibat lumpur banjir dan membaik pulih serta menyenggara pendawaian letrik  rumah-rumah yang mengalami kerosakan bekalan letrik," jelasnya lagi. 


Tag: