• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Pastikan Bajet Sampai Ke Sasaran

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 16 Disember – Belanjawan Terengganu 2021 yang diluluskan sebulat suara dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 hingga 25 November lalu haruslah sampai kepada sasaran betul. 

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, bantuan daripada pihak kerajaan haruslah terus sampai kepada rakyat tanpa ada unsur penyelewengan.

“Pihak kerajaan menekankan berkenaan soal pembangunan insan para pegawai kerajaan agar melakukan kerja dengan amanah dan cepat, supaya pengurusan kita mungkin meluluskan dengan mudah untuk sesuatu peruntukan belanjawan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam lintas langsung Bicara Khas Pasca Pembentangan Belanjawan Terengganu 2021 di Manis FM, semalam.

Kata Yahaya, beliau menekankan kepada pihak pelaksana yang dilantik di peringkat negeri agar komited dalam menjaga kebajikan rakyat negeri Terengganu.

“Saya nak tekankan di sini bagaimana pihak pelaksana melaksanakan pengurusan bajet itu. Ini sangat penting di kalangan pegawai-pegawai kerajaan.

“Kalau kita di peringkat pelaksana lemah dan tidak ada pemantauan serta tidak ada satu mekanisma yang baik kadang-kadang apa yang kita luluskan itu tidak sampai kepada rakyat,” jelasnya.

Justeru itu, beliau berharap agar bantuan daripada pihak kerajaan biar sampai pada rakyat.


Tag: