• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

PAU 2017 : Najib PM Terbaik

Zainuddin Zainal

Dato' Sri Mohd Najib (Tun Abdul Razak) adalah antara Perdana Menteri terbaik sejak saya berada dalam parti politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) 60 tahun lalu, kata bekas Naib Pengerusi Veteren UMNO Selangor, Zainuddin Zainal,84.

Menurutnya, pendapat dan analisa yang dibuat beliau itu mengambil kira rekod dan sejarah kepimpinan PM yang terdahulu dan tidak menafikan semua personaliti yang pernah mengetuai pentadbiran negara itu ada kelebihan masing-masing yang tidak perlu disangkal.

"Najib memang antara yang terbaik antara enam PM yang pernah saya bersama dan saya berani menyatakan beliau adalah PM yang bijak, berdedikasi dan tegas dalam mentadbir negara.

"Saya sempat bersama dengan lima orang PM sebelum sejak zaman Tunku Abdul Rahman...dan saya lihat Najib ni lain dari yang lain sebab itu saya menyokong penuh kepimpinannya,"katanya ketika ditemui Teganukita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.

Zainuddin yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Kepada Mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Zain Mohammad berkata, senario PAU kali ini juga sangat berbeza kerana merupakan perhimpunan Melayu terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Hebat dan terbaik...nampak penyatuan di sini apabila orang Melayu berkumpul tanpa mengira status demi kelangsungan parti keramat UMNO.

"Ini juga satu petanda yang baik untuk PRU14 nanti kerana saya melihat satu semangat yang berkobar-kobar di kalangan perwakilan dan para pemerhati yang datang....dan saya yakin UMNO dan BN akan terus memerintah dan mempertahankan Putrajaya,"katanya.

Tag: