• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Pecutan 'Tour Gateh D'Tranung' Bermula Hari Ini

MARANG, 4 September - Perlumbaan Jelajah Terengganu (Tour Gateh D'Tranung) hari ini telah memulakan cabaranya membabitkan 27 pasukan bertaraf benua.

Peringkat pertama kejohanan berbasikal berkenaan hari ini telah bermula dari Pulau Kekabu (Marang) dan akan melalui perjalanan sejauh 157.3 kilometer ke Pantai Teluk Mak Nik (Kemaman).

Pelepasan pelumba-pelumba basikal berkenaan telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris, di sini, hari ini.

Penganjuran edisi kedua Tour Gateh D'Tranung ini selain turut disertai Polygon Cycling Team ia turut disertai pelumba daripada Europe Trip Cycling, Sd Mavervicks Singapore dan Nusantara Pro Cycling Team yang semuanya merupakan pasukan bertaraf benua.

 Pelumba-pelumba berkenaan akan merebut gelaran jersi biru untuk juara keseluruhan, jersi hijau (raja pecut), jersi polka dot (raja bukit) dan jersi putih (pelumba muda terbaik).

Selain itu turut menerima penyertaan daripada pasukan negeri yang dalam persiapan ke Sukan Malaysia (SUKMA).

Tour Gateh D'Tranung melibatkan lima peringkat perlumbaan dengan melalui daerah-daerah ini di negeri dan menawarkan lima kategori utama bagi kejohanan berprestij ini.

 


Tag: