• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Pehimi Sumbang 17 Lembu Korban



Sejumlah 17 lembu disediakan untuk program korban tahun ini kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih.
Lembu sumbangan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof diagihkan menerusi 12 Pusat Daerah Mengundi ( PDM).
Muhammad Pehimi yang juga Adun) Jertih turut melakukan upacara penyembelihan di beberapa PDM terpilih
Majlis korban dilakukan serentak hari ini bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 2 petang ini
Antara PDM terbabit ialah, Kubang Bemban, Alur Lintah, Tok Raja, Nyior Tujuh, Gong Gucil,Bukit Kenak, Simpang 3 Jertih, Bandar Jertih, Seberang Jertih, Padang Luas, Pelagat dan Padang Landak.

Laporan Oleh : Mohammad Ishak

Tag: