• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pejabat Parlimen Marang Agih Laptop Percuma

MARANG, 18 Februari - Khabar gembira buat pelajar yang terbaik bagi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Marang apabila mereka bakal menerima laptop percuma hasil pemberian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Marang. 

Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof berkata, pihaknya memandang serius akan keperluann semasa pelajar lebih-lebih lagi dalam sesi pembelajaran norma baru. 

"Dalam masa yang sama inisiatif ini akan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar dalam talian dengan bersungguh-sungguh sekalipun dalam keadaan serba mencabar. 

"Sebagai 'hadiah' atas usaha gigih belajar ketika norma baru, laptop percuma kita akan berikan kepada pelajar yang terbaik di peringkat Dun dan terkini 32 unit telefon pintar turut diagih buat pelajar yang kurang kemampuan terutamanya golongan keluarga yang kategori B40. 

"Terdahulu, kita telah mengagihkan telefon pintar menerusi program yang dianjurkan oleh pejabat daerah iaitu program Cakna Didik Marang Hebak yang bertujuan membantu pelajar miskin mengakses sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai acara ringkas penyerapan sumbangan kepada pihak Pejabat Daerah Marang, dekat sini, semalam. 

Turut Hadir Pegawai Daerah Marang, Tun Faisal Tun Abdul Razak dan wakil-wakil Majlis Daerah Marang serta Permint Granite Sdn. Bhd. yang juga sama-sama menyumbang dalam program itu

Tambahnya lagi, agihan bantuan yang telah memasuki Fasa 3 ini dapat membantu seramai 32 pelajar yang merangkumi sekolah-sekolah di DUN Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payung dan Alur Limbat.  

Dalam masa yang sama, Haron berkata, Pusat Khidmat Parlimen Marang mengambil cakna bukan sahaja pelajar, tetapi setiap isi rumah yang terkesan dengan pandemik COVID-19. 

"Pihak kami sebagai wakil Ahli Parlimen Marang terus menerusi menyalurkan bantuan demi bantuan kepada semua peringkat golongan yang kita kenalpasti kesusahan mereka," ujarnya.
 

 


Tag: