• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pekerja Pembersihan Sampah Dijangka Bertugas Sehingga Pagi Raya

KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Pekerja pembersihan dijangka akan bertugas sehingga pagi raya bagi memastikan tiada sampah berlonggok dan mencacatkan pemandangan.

Datuk Bandar MBKT, Rozali Salleh berkata, operasi itu bergantung kepada setiap kontraktor berdasarkan keperluan semasa.

"Bekerja pagi raya atau tak itu atas kontraktor, yang pasti mereka akan tetap bekerja selepas solat raya Aidilfitri dan malam raya pun beroperasi sehingga selesai.

"Saya berharap masyarakat tidak melonggokkan semua sampah pada malam raya atau pagi raya kerana ia akan menyukarkan urusan pekerja pembersihan," jelasnya kepada UPDI kelmarin.

Menurut beliau, pengurusan sampah di bazar Ramadan dan Aidilfitri pula adalah tanggungjawab vendor.

"Mereka menyewa tong sampah dan sebagainya, alhamdulillah setakat ini peraturan ini masih dipatuhi," ujarnya 

Kata Rozali lagi, seperti tahun lepas, malam raya bazar tak dibenarkan beroperasi sehingga lewat pagi bagi memudahkan urusan kutipan sampah.

"Tahun lepas tiada masalah kerana Covid-19 dan orang tak ramai keluar, namun kali ini agak mencabar," tambah beliau.


Tag: