• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pelaburan Terengganu RM4.27 Bilion

"Terengganu terima pelaburan sebanyak RM4.27 bilion." -Dr Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU, 29 November - Jumlah pelaburan yang diterima Negeri Terengganu sehingga November tahun ini adalah sebanyak lapan pelaburan pada kadar RM4.27 Bilion kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, ini termasuk RM4.20 bilion pelaburan asing manakala selebihnya RM73.31 juta pelaburan tempatan.

Menurutnya mulai bulan Januari hingga Jun tahun ini, Negeri Terengganu menerima empat pelaburan berjumlah RM4.20 bilion termasuk pelaburan asing sebanyak RM4.16 bilion manakala pelaburan tempatan sebanyak RM35.80 juta.

Sementara tahun 2017 pula Terengganu menerima empat pelaburan berjumlah RM73.12 juta termasuk RM35.62 juta pelaburan asing manakala selebihnya (RM37.51 juta), pelaburan tempatan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Haji Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di Wisma Darul Iman.

Tag: