• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pelajar Cemerlang 'Bertuah'

KUALA TERENGGANU, 30 November – Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sangat bertuah tinggal di Terengganu kerana pelbagai keistimewaan diberikan dan ditawarkan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata sebagaimana yang telah dijanjikan dalam Manifesto Parti Islam Semalaysia (PAS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas iaitu mewujudkan tabung kecemerlangan atau skim pelajar cemerlang sebanyak RM 5 Juta.

Katanya, skim tersebut telah bermula pada 2019 dengan bertujuan untuk membiayai pengajian anak-anak Terengganu yang cemerlang.

“Iaitu samada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan lain- lain lagi.

“Ianya bagi meneruskan pengajian mereka ke peringkat ijazah pertama di dalam dan luar negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas (BAJET), Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Tambah Satiful, biasiswa ini banyak membantu pelajar terpilih khusnya dari golongan b40 dan m40.

"Skim biasiswa peringkat Master dan PHD juga disediakan untuk mereka yang cemerlang bagi menyambung pengajian lebih tinggi lagi," katanya.

Sementara itu, kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu juga telah menyediakan pelbagai lagi kemudahan dan bantuan untuk membantu para pelajar khususnya yang cemerlang dalam pelajaran.

 


Tag: