• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Pelumba TSG Muncul Pendahulu Keseluruhan ‘Tour Of China 2’

Youcef menyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.

KUALA TERENGGANU, 19 September - Pelumba Terengganu Inc Cycling Team (TSG), Youcef Reguigui muncul pendahulu keseluruhan selepas peringkat kedua perlumbaan dalam kejohanan 'Tour Of China 2'.

Youcef melonjak ke tempat teratas selepas menamatkan kayuhan di tempat ketiga dalam peringkat kedua hari ini yang melalui jarak 127.8 kilometer di bandar Anshun, China.

Kemenangan itu sekali gus mengenepikan pendahulu sebelum ini dari pasukan Androni Giocattoli - Sidermec, Marco Benfatto.

Dia sekali lagi mengekalkan kedudukan podium selepas berjaya menduduki tempat kedua semalam.


Lebih manis, seorang lagi pelumba TSG, Artem Ovechkin turut berjaya menempatkan diri dalam kalangan peserta terbaik apabila berada di tempat kedua keseluruhan.

Esok, akan berlangsung peringkat keempat yang akan melalui laluan di bandar Mengdingshan.

'Tour of China 2' yang bermula 16 September lalu akan berakhir pada 22 September ini dengan lima peringkat keseluruhan.


Tag: