• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Pemandu Pelancong Terima Bantuan One-Off RM500

KUALA TERENGGANU, 3 November- Seramai 78 pemandu pelancong di Terengganu sudah menerima bantuan kewangan 'one-off' sebanyak RM500 yang melibatkan peruntukan keseluruhan  RM39,000.

Menteri  Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 3,260 penerima yang mencari rezeki dalam bidang sama di seluruh negara.

Katanya, turut menerima bantuan  129 agensi pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan membabitkan jumlah RM3,000 bagi setiap agensi.

“Tidak ketinggalan penguasaha SPA dan pusat urutan kaki di negeri ini turut menerima bantuan RM1,000 serta seramai 129  pengusaha homestay menerima RM600.

.

“Selain bantuan kewangan, kementerian turut melaksanakan beberapa inisiatif berbentuk bukan kewangan kepada syarikat dan pemandu pelancong berlesen.

“Antaranya pengecualian bayaran fi lesen, diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40 peratus, pelanjutan dan pengecualian bayaran kompaun sehingga 31 Disember depan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat di Hotel Raia, Kuala Nerus, hari ini.

Menurutnya lagi, setelah sekian lama terkesan akibat penularan Covid 19 sektor pelancongan dan kebudayaan negara termasuk Terengganu kembali rancak terutama selepas kerajaan mengumumkan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik dan kemudiannya kebenaran rentas negeri.

“Diharapkan dengan kelonggaran itu dapat memulihkan kembali semangat dan menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk memajukan lagi industri ini agar lebih tersohor,”katanya.
   

 


Tag: