• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pembangunan Rohani Jadi Keutamaan

KEMAMAN, 19 Mac - Selain pembangunan material untuk rakyat, pembangunan jiwa amat penting dalam membangun sesebuah negeri mahupun negara.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh berkata, dalam memajukan masyarakat dengan kebendaan duniawi jangan tertinggal kemajuan akhirat.

"Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah salah satu platform awal yang baik dalam pembentukan jiwa, insan dan akhlak kepada anak-anak kita.

"Dengan sedikit kuasa pemerintah yang ada ini, alhamdulillah kita permudahkan urusan pembinaan pusat pendidikan Islam dalam membentuk generasi yang menyuburkan agama,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian PASTI Bestari Nur Iman di Kampung Payoh, Kijal kelmarin.

Hazri juga berharap agar akan terbina lagi PASTI dikampung lain dalam menampung keperluan pembelajaran awal islam yang menjadi satu kemestian dan perhatian para ibubapa kebelakangan ini.

"Persepsi masyarakat kita perlu diperbetulkan. Soal pembangunan, menyelesaikan masalah tanah, masalah jalan dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab kepada pemerintah sesebuah negeri.

"Malah kerajaan komunis atau kapitalis sekalipun memenuhi tanggungjawab mereka terhadap rakyatnya.

"Yang lebih penting lagi adalah tanggungjawab kita dalam memastikan seluruh masyarakat beriman dengan ajaran islam, bertaqwa dan pergantungan hanyalah kepada Allah.

  

 


Tag: