• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Pemilihan Pemain Pasukan Bola Sepak KT Rovers Bermula Esok



KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Pemilihan pemain bagi mewakili Pasukan Bola Sepak Kuala Terengganu (KT) Rovers bakal bermula esok, 17 Januari bertempat di Padang SMK Seri Nilam.

Sesi pemilihan yang terbuka kepada semua peringkat umur itu berlangsung selama dua hari dan akan berjalan seawal jam 5.00 petang selama dua jam.

Pasukan KT Rovers merupakan pasukan yang baru dibentuk dan pemilihan itu adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapin saingan Piala FA dan Liga Malaysia M3 musim depan.


Tag: