• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pemuda Bantu Bawa Keluar Penduduk

SETIU, 19 Disember - Seorang pemuda Kampung Banggol, Permaisuri mengambil langkah awal dengan membantu penduduk kampung terjejas banjir berpindah keluar ke kawasan selamat menggunakan bot. 

Mohd Shafie Ibrahim berkata, paras air pada kali ini naik mendadak berbanding bencana sebelum ini. 

“Air mula naik sekitar jam 3 pagi tadi. Penduduk di sini mula berpindah jam 7 pagi tadi sebab air naik terlalu cepat. 

“Banjir seumpama ini merupakan pertama kali bagi saya. Tadi saya sempat selamatkan warga penduduk di dua buah rumah kerana terperangkap dalam banjir,” katanya ketika tinjauan banjir di Permaisuri, di sini hari ini. 

Beliau turut berkata, dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) asal telah dinaiki air mengakibatkan semua penduduk terjejas berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol. 

Setakat jam 2 petang tadi, seramai 167 mangsa daripada 59 keluarga telah direkodkan mendaftar masuk ke PPS tersebut. 

Walau bagaimanapun, penduduk memaklumkan bahawa agensi kerajaan masih belum tiba meninjau keadaan di PPS tersebut.

 


Tag: