• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Penantian Ternoktah Tidak Lagi Tergantung Tanpa Tali

MARANG, 23 Ogos - Penantian rakyat untuk memiliki tanah yang disekat pemberian 12 tahun lalu berakhir selepas 47 penerima Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Lot Pertanian Bukit Kor menerima jadual 5A.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah & Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, penyelesaian masalah tersebut merupakan salah satu janji manifesto yang dilaksanakan sejak 2018.

"Alhamdulillah, hari ini sebahagian lot tanah telah diselesaikan dengan diagihkan Jadual 5 A ini, selepas ini peserta perlu membayar premium sahaja untuk mendapatkan geran hak milik, peserta mesti membayar premium tanah 10 peratus daripada nilaian semasa tanah.

"Sebenarnya nama mereka telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri pada 2004 tetapi pada waktu itu tidak sempat diagihkan, sejak itu ia tergantung tanpa tali dan kita berusaha menyelesaikannya sehingga sehingga selesai sebahagiannya (pada 22 Jun )," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengagihan lot tanah berkenaan di Pejabat Daerah dan Tanah Marang, di sini, pada semalam.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung itu berkata, pihak kerajaan komited berusaha untuk menyelesaikan pemberian hak milik lot-lot tanah yang masih berbaki.

"KIta akan berusaha untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik walaupun selepas Mei 2018 setelah PAS mengambil alih semula tanggungjawab pemerintahan menghadapi masalah yang agak berliku.

"Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang telah melancarkan perjalanan permohonan dengan lancar dan terbaik pada hari ini," katanya.

 


Tag: