• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Penat Lelah Pengamal Media Perlu Dihargai



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 26 September- Segala penat lelah pengamal media yang berterusan tanpa jemu melaporkan berita kepada masyarakat perlu dihargai

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, tanpa media masyarakat dunia pada hari ini akan buta maklumat.

"Tidak akan mengetahui apa yang terjadi, di sebalik mudahnya segala maklumat diperolehi sudah tentu adanya para pengamal media yang bertungkus lumus bagi mendapatkan sesuatu berita.

"Kerana itu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang senantiasa menyalurkan maklumat kepada masyarakat, banyak kali pihak media tampil membuat liputan di DUN Bukit Besi, sebagaimana peristiwa Awang Besol, Harimau Kumbang dan pelbagai acara dan program yang berlaku di DUN Bukit Besi dipaparkan di dada akhbar, televisyen dan juga akhbar digital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai peranan dan jasa media, di pejabatnya hari ini.

Justeru itu, beliau sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak media.

"Kerana kita tahu tugas dan peranan media ini bukan mudah dan senang, kita biasanya akan membaca apa yang telah siap dicetak dan ditulis.

"Saya berharap agar setiap pengamal media semuanya diberi kesihatan yang baik dan terus berperanan menyampaikan maklumat mengenai kerajaan negeri kepada umum, agar segala kebaikan kerajaan dapat disalurkan dan dalam masa yang sama dapat memperjuangkan nasib masyarakat," ujarnya.


Tag: