• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Pendaftar SSM Masih Layak BR1M Jika Penuhi Syarat

 

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan mereka boleh mengemukakan rayuan di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017.
 
Menurut sumber LHDN, pihaknya menafikan dakwaan pemohon yang memiliki pendaftaran peniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah tidak layak menerima BR1M.
 
Katanya, semua permohonan yang dikesan berdaftar dengan SSM masih dalam status tidak lulus berikutan perlu dibuat saringan untuk memastikan pemohon yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan ini.
 
“Tujuan kerajaan menyediakan BR1M adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Pemilik SSM yang berniaga kecil-kecilan dan memenuhi syarat kelayakan dari segi pendapatan dan sebagainya boleh mengemukakan dokumen berkaitan bermula tarikh tersebut untuk proses rayuan.

“Sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan, pemohon layak dipertimbangkan dan berhak mendapat peluang kedua selaras dengan keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.


Tag: