• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Penderma Misteri Sumbang Mesin Basuh

SETIU, 31 Januari - Seorang penderma misteri menyumbang empat buah mesin basuh separuh automatik bagi kemudahan rakyat kurang berkemampuan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, pihaknya sangat menghargai sifat pemurah individu terbabit.

"Mesin basuh itu telah diserahkan kepada penerima di Mukim Guntong di sini awal pagi ini.

"Sesungguhnya tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah, merujuk kepada sebuah hadis berkaitan sedekah atau sumbangan," katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Dalam pada itu, penerima yang ditemui mengucapkan syukur atas sumbangan itu dan tidak menyangka akan mendapat 'durian runtuh'.


Tag: