• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pendidikan, Pelaksanaan Syariah Islam Jadi Keutamaan

KUALA TERENGGANU, 15 Februari – Pendidikan dan Pelaksanaan Syariah Islam menjadi keutamaan dalam masyarakat di negeri ini.

Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata pelbagai pendekatan yang diambil oleh pimpinan Terengganu dalam mencorakkan pendidikan ke arah lebih baik.

Katanya, pelaksanaan syariah Islam juga perlu diberikan pujian yang lebih kerana telah berjaya menjadikan Terengganu sebagai negeri yang mementingkan Islam dalam semua perkara.

“Bahkan, dalam bidang sukan juga turut menitikberatkan kaedah dan etika Islam apabila pihak Mufti juga turut terlibat menjadi ahli Jawatankuasa Sukan di negeri ini.

“Inisiatif ini merupakan langkah terbaik, bagi membimbing cara berfikir atlet Terengganu supaya menjaga adab dan tingkah laku terutamanya dari sudut pemakaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Di Tingkat 1, Pejabat Jabatan Mufti Terengganu, Kuala Terengganu di sini baru-baru ini.

Tambah Prof Sabri, dari sudut keagamaan, kerajaan negeri juga sangat mengambil perhatian yang serius.

“Dengan mengadakan Multaqa Ulama di peringkat nusantara yang merupakan salah satu mekanisme dalam memperkukuhkan akidah Islam dalam masyarakat.

“Pemimpin negeri juga memainkan peranan yang baik dari segi pembahagian tugas masing-masing seperti dakwah, pertanian dan sebagainya," ujarnya.

 


Tag: