• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Penduduk Bimbang Binatang Liar Berkeliaran

DUNGUN, 26 September - Kehadiran  pelbagai binatang liar yang berkeliaran tanpa mengira masa membimbangkan penduduk di Taman Rakyat Jaya, di sini.

Seorang penduduk, Jafri Jaafar bimbang kerana kelibat babi yang kelihatan jinak tetapi sebenarnya membahayakan.

"Budak-budak tak tahu pasal resmi babi ni... nampok jinak... kan (nanti) bila dia marah jadi cerita lain pula," katanya dengan nada serius. 

Manakala seorang ibu, Rohaida Ghani yang tinggal di Jalan Intan juga bimbang dengan anjing yang kadang-kadang masuk ke dalam kawasan rumahnya dan jiran walaupun berpagar. 

"Aduan sudah dibuat dan sudah dalam pengetahuan agensi berkaitan," katanya kepada pemberita. 

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Rakyat Jaya, Hisham Aziz memberitahu, pihaknya sudah membuat laporan kepada pihak berwajib. 

"Kita sudah adukan kepada pihak berkuasa, itu sudah dalam pengetahuan mereka," katanya.


Tag: