• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

DUNGUN, 20 Disember- Penduduk Kampung Lembah lega apabila laluan utama di kawasan rumah mereka kini terang selepas terpaksa melalui jalan itu dalam keadaan gelap selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lembah, Ridzuan Mohamad Noor berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memasang tiga lampu LED di tiga jalan laluan utama di dalam Kampung Lembah semalam.

Kata beliau, pihaknya telah memohon agar TNB menyediakan kemudahan tersebut dan prosesnya untuk diluluskan mengambil masa dua bulan. 

"Syukur alhamdulillah kerana TNB telah meluluskan pemohonan saya, penduduk setempat pun gembira apabila laluan utama dari rumah mereka terang, selepas ini mereka tidak bimbang lagi untuk menggunakan jalan tersebut, " ujarnya..

Beliau berkata demikian ditemui ketika ditemui di sini hari ini. 

Beliau juga mengucapkan jutaan te­rima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.

"Terima kasih kepada penduduk setempat kerana sabar menunggu, insya-Allah pihak JPKK akan senantiasa berkhidmat untuk membantu penduduk setempat," katanya lagi.


Tag: