• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Penduduk Rhu Rendang Terima Sumbangan Ayam

MARANG, 20 Jun -  Sebanyak  3, 600 ayam diagihkan kepada penduduk Rhu Rendang yang terjejas sepanjanng tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Apa yang diusahakan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang itu adalah tambahan kepada pek makanan yang sudah dagihkan kepada 2,000 penduduk sebelum ini ketika Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT 3.0).

Penyelia Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rhu Rendang, Mohd Najmuddin Rani berkata, agihan seekor ayam  untuk sebuah rumah di mana setiap 36 Jawatakuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung menerima 100 ekor ayam.

“Selain daripada usaha ini, 'Gerobok Rezeki' juga diwujudkan untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan makanan.”

“Mereka boleh hadir terus ke pejabat dimana almari ini ditempatkan untuk mengambil bekalan makanan yang diperlukan di mana bekalan ini juga turut disumbangkan oleh individu yang dermawan.

Menurutnya lagi, agihan tersebut diserahkan kepada JPKK oleh Pengarah MTD Rhu Rendang, Hassan Awang untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Turut hadir dalam pengagihan ini adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengerusi yang banyak membantu dan menjalankan amanah kepada rakyat.”

“Kita akan terus membantu mereka yang memerlukan, dan penduduk juga boleh menghubungi pihak pejabat dan pengerusi masing-masing, tambahnya lagi.”


Tag: