• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Penganjuran Gamelan Terengganu Terima Pengiktirafan Malaysia Books Of Record

KUALA TERENGGANU, 18 Ogos- Pengiktirafan Sijil Malaysia Books Of Record yang diterima Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu hari ini retetan kejayaan penganjurkan Mini Konsert Gamelan Cilik 2023 (Most Students In A Gamelan Performance Total, 90 Students).

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fadli Yusof Zakaria berkata program yang berlangsung pada 11 Februari lalu bertempat di Kampung Budaya Terengganu.

Katanya, program tersebut menampilkan 80 jenis alatan muzik gamelan dalam satu masa antaranya Kromong, Gambang, Saron Pekin, Saron Baron, Saron Demong, Kenong, Gong Agong, Suwukan, Gong Ibu Anak, Saron Demun.

“Program kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu itu melibatkan 90 pelajar sekolah rendah dan menengah dari daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu telah terlibat secara langsung.

“Hari ini dianggap sebagai hari paling bersejarah dan kejayaan yang patut dibanggakan oleh semua pihak terutamanya kakitangan jabatan yang terlibat, pengiat dan pencinta seni gamelan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu satu kenyataan media pada semalam.

Tambah Fadli Yusof, demi memastikan kesinambungan serta kelestarian kesenian ini sentiasa terpelihara SUKTRA Terengganu telah menghantar jurulatih muzik dan tari atau lebih dikenali sebagai ‘Adiguru’.

Beliau berkata, Adiguru tersebut dihantar ke sekolah-sekolah yang terpilih dan berbakat serta mempunyai alatan set muzik gamelan yang lengkap bagi program Tunas SUKTRA.

“Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menjadi perantara diatara kerajaan negeri dan penggiat seni dan budaya bagi menyedia dan menyalurkan kemudahan-kemudahan.

“Serta bantuan kerja-kerja pemuliharaan, pengembangan dan pemerkasaan seni budaya negeri Terengganu.

“Terima kasih kepada To’ Puan Seri Norzaini Abd Latif tercetusnya idea bagi program pengembangan seni muzik dan tari cilik disekolah-sekolah,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 


Tag: