• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Penguatkuasa Veterinar Didakwa Terima Suapan RM35,000

KUALA TERENGGANU, 4 Januari - Seorang penjawat Awam mengaku tidak bersalah berhubung dakwaan menerima rasuah bernilai RM35,000.

Tertuduh, Abol As Mohd Jamil 43, merupakan Pembantu Penguatkuasa Veterinar mengaku  tidak bersalah selepas menghadapi dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali di Mahkamah Seksyen, di sini, hari ini 

Bagi dakwaan pertuduhan pertama, Abol As telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 16 (a) (b) Akta Suruhanya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Dimana mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan bernilai RM35,000 daripada Mohd Nazir Dagang pada 27 Julai 2022 antara jam 12.30 tengah hari hingga 1 petang di Jalan Fikri, Kampung Seberang Takir, di Kuala Nerus, sebagai dorongan bagi menurunkan seksyen pertuduhan kepada hukuman yang lebih ringan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM35,000 daripada individu yang sama pada 3 ogos 2022.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima Kali ganda atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan tersebut oleh seorang penjamin serta passport diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta melaporkan diri ke Pejabat SPRM setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh Dan Nur Athikah Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hazwan Hamidun.

Mahkamah menetapkan 7 Februari hadapan sebagai tarikh sebutan seterusnya untuk perbicaraan.


Tag: