• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Pengumuman Benar Rentas Negeri Dijangka Petang Ini

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Kebenaran bagi aktiviti rentas negeri seluruh negara dijangka akan diumumkan petang ini.

Ia susulan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan sidang media khas pada jam 3 petang.

Sebelum ini Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan akan membenarkan orang ramai untuk merentas negeri apabila kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Larangan rentas negeri sejak lebih empat bulan lalu itu semakin menghampiri penghujung apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencecah 89.7 peratus setakat 9 Oktober.


Tag: