• 24 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442

Peniaga Bersyukur Kerajaan Benar Berniaga Hingga 10 Malam

KUALA TERENGGANU, 22 Januari – Peniaga kecil di tepi jalan melahirkan rasa terharu kerana kerajaan membenarkan mereka beroperasi sehingga jam 10 malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula hari ini.

Walaupun tidak ramai pelanggan namun, rata-rata mereka bersyukur kerana lanjutan masa perniagaan dari jam 8 malam kepada 10 malam itu sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan.

Sekiranya perniagaan dibenarkan sehingga jam 8 malam sahaja, rata-rata peniaga yang memulakan perniagaan antara jam 3 dan 4 petang terbabit mungkin menghadapi masalah kewangan. 

Bagi peniaga ais krim gulung, Wan Muhammad Hazim Wan Muhammad Zulkifli, 27, berkata, meskipun pelanggan berkurang berbanding hari biasa, dia bersyukur kerana kerajaan masih membenarkan mereka untuk berniaga.

"Daripada duduk rumah lebih baik saya berniaga, sekurang-kurangnya ada juga pendapatan walaupun tidak seberapa berbanding hari biasa sebelum PKP," katanya yang menjalankan perniagaan di kawasan Pantai Peranginan Batu Buruk, di sini, hari ini


Tag: