• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Peniaga Gembira Terima Peralatan Niaga

KUALA NERUS, 11 November - Keceriaan jelas terpancar pada wajah Artini Mamat, 36, apabila menerima peralatan menerima peralatan seperti mesin adunan tepung, peti sejuk beku, balang air, meja dan lain-lain lagi dianggarkan lebih RM10,000.

Maria yang gembira dengan sumbangan tersebut berkata, peralatan itu amat diperlukannya memandangkan permintaan terhadap kuih perniagaannya semakin meningkat.

Dengan adanya peralatan baharu itu, katanya, ia secara tidak langsung dapat membantu menambah pendapatannya untukl menyara keluarga.

"Alhamdulillah, peralatan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat merealisasikan permintaan saya serta saya yakin dapat mengembangkan perniagaan.

"Dengan bantuan yang diberi, saya sungguh gembira. Dulu memang saya terbatas untuk berniaga dengan baik kerana peralatan yang terhad," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus komited untuk membantu usahawan yang berdaftar dengan agensi itu.

Pengerusinya, Che Ghani Che Wan berkata, menerusi program Rezeki Tani FAMA, beberapa usahawan dan petani di Terangganu dipilih setiap tahun untuk menerima barang-barang peralatan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan produktiviti perniagaan mereka.

"Tujuan utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban peniaga melalui pemberian bantuan projek komersial yang melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab yang turun menyampaikan barang-barang peralatan kepada seorang peniaga di sini berharap agar bantuan itu mampu membantu keluarga terbabit meningkatkan pendapatan..

“Semga pengguna tidak melepaskan peluang dengan apa yang disediakan FAMA Terengganu ini dan semoga sumbangan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin," katanya.


Tag: