• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Peningkatan Mendadak, 76 PPS Dibuka

KUALA TERENGGANU, 4 Disember- Memasuki hari kedua pengurusan bencana fasa ketiga di Terengganu, hari ini, sebanyak 76 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman menyatakan, jumlah tersebut melibatkan keseluruhan lapan daerah di negeri itu.

"76 PPS yang dibuka membabitkan seramai 781 keluarga dengan keseluruhan 2,082 penduduk terjejas.

"Bermula petang semalam, peningkatan mendadak kawasan dinaiki air berlaku tengah malam tadi dan awal pagi ini," katanya kepada pemberita ketika dihubungi pagi ini.

Namun, beliau turut memaklumkan, data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sungai-sungai utama negeri Terengganu, sebahagian besarnya berlaku penurunan.

"Secara keseluruhannya pagi ini cuaca beransur reda tetapi mendung, jika tidak hujan paras air akan terus menurun.

"Sekiranya keadaan berterusan begini, mungkin penduduk akan beransur-ansur dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.


Tag: